Cuora yunnanensis
Cuora yunnanensis

Cuora yunnanensis

Cuora yunnanensis juga dikenali sebagai Kura-kura Katup Yunnan ialah spesies kura-kura dari keluarga Geoemydidae (sebelum ini dikenali sebagai Bataguridae). Ia dipercayai berasal dari wilayah Yunnan, China iaitu (di Kunming dan Huize) dan pernah dianggap pupus pada awal abad ke-20; spesimen terakhir yang berjaya disimpan pada 1940.[3]Pada tahun 2004, seekor kura-kura betina spesies ini dijumpai melalui perdagangan haiwan di Kunming; satu tahun kemudian, seekor kura-kura jantan dari sumber yang sama juga ditemukan. Begitu juga tahun berikutnya, kura-kura betina pula ditemukan. Pengesahan mengenai penemuan haiwan ini diragui ramai pihak malah ada yang menganggapnya sebagai baka kacukan,[4] seperti teknik biasa yang dilakukan di China bagi menghasilkan baka dengan harga yang tinggi.Pada tahun 2007, He et al. mengambil sampel ketiga-tiga haiwan dan dianalisis. Mengejutkan, kesemua spesimen itu ialah C. yunnanensis dan bukanlah baka kacukan seperti yang disangka. Pada tahun 2008, Pusat Pemuliharaan Kadoorie China, sebuah jabatan dari Kadoorie Farm and Botanic Garden, bersama-sama dengan Institut Zoologi Akademi Sains China, menemui populasi haiwan ini. Walaupun taburan habitat haiwan ini tidak jelas, namun kerana nilainya yang tinggi, mereka sering diburu. Oleh itu, langkah pemuliharaan diperlukan bagi melindungi haiwan ini dari kepupusan.

Rujukan

WikiPedia: Cuora yunnanensis http://www.chelonia.org/cuoragallery.htm http://www.cnah.org/pdf_files/851.pdf http://fossilworks.org/bridge.pl?a=taxonInfo&taxon... http://www.irmng.org/aphia.php?p=taxdetails&id=103... http://www.iucn-tftsg.org/wp-content/uploads/file/... http://www.iucn-tftsg.org/wp-content/uploads/file/... https://www.itis.gov/servlet/SingleRpt/SingleRpt?s... https://www.ncbi.nlm.nih.gov/Taxonomy/Browser/wwwt... https://speciesplus.net/#/taxon_concepts/5712/lega... https://animaldiversity.org/accounts/Cuora_yunnane...